Welcome, visitor! [ Register | Loginrss

Post an Ad
 

 

Raudhah Guest House Kubang Kerian

  • City: Kota Bharu
  • State: Kelantan
  • Country: Malaysia
  • Phone Number: 0148461789
  • Unit Type: Teres 2 Tingkat
  • Bedroom: 4 bilik
  • Bathroom: 3 bilik air
  • Rental Rate: 250 sehari
  • School & Public Holiday Rate: 250 sehari
  • Listed: April 9, 2014 4:29 am
  • Expires: This ad has expired
Raudhah Guest House Kubang Kerian

Facilities

Kemudahan Yang Didapati Didalam Raudhah Guest House - Aircond didalam bilik - 1 katil King, 1 katil Queen dan 2 katil Single - Peti Sejuk - TV dengan Astro Movie (HBO, FOx dan Cinemax) - Dan pelbagai kemudahan yang kondusif dan selesa

Description

Raudhah Guest House Kubang Kerian

Rumah tamu Raudhah terletak benar-benar didalam bandar baru Kubang Kerian yang sedang pesat membangun. Bandar Kubang Kerian merupakan sebuah bandar yang paling berpusat dan strategik di Kelantan.

Pada asalnya bandar ini terkenal kerana memiliki Hospital Besar Kubang Kerian yang diberi nama HUSM dan didalamnya mempunyai Universiti Sains Mlaysia (HUSM). Sejak kemunculan 2 kemudahan ini, bandar ini telah membangun dengan pesatnya sehinggalah bandar baru Kubang Kerian dibina dengan sistematiknya.

Jika anda ingin melawat saudara @ kenalan yang berada didalam HUSM, maka guest house kami merupakan pilihan yang tepat. Atau jika anda ingin melawat anak @ saudara yang belajar di USM, maka kami juga adalah pilihan terbaik anda.

Malah, dengan kedudukannya yang strategik, penghuni guest house Kubang Kerian kami boleh menikmati pelbagai fasiliti termasuklah kemudahan bank-bank utama seperti CIMB, BSN, Bank Islam, Bank Rakyat, RHB Bank dan banyak lagi.

Malah kedudukan guest house kami ini juga berdekatan dengan hypermarket Mydin dan beberapa supermarket lain seperti Nirwana, Zon Ria, Tenten, kedai kain Jakel dan banyak lagi.

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis gerai makanan Traditional, Masakan Thai dan Masakan Western dengan hanya berjalan kaki sahaja. Malah didalam bandar Kubang Kerian terdapat restoran makanan segera seperti Pizza Hut, KFC dan beberapa kedai Kopitiam yang dapat memenuhi citarasa anda.

Jika anda berminat untuk menempah rumah tamu kami, silalah hubungi kami segera kerana tempat adalah terhad…

Lokasi Raudhah Guest House Kubang Kerian

- Pt 1428, Jalan KK-5/4, Bandar Baru Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia (Alamat Guest House kami)
- 850 m dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
- 4.1 Km dari Pasaraya Billion
- 5.3 Km dari KB Mall
- 4.9 Km dari Kota Bharu
- 6.8 Km dari Pasar Borong Wakaf Che Yeh
- 6.8 Km dari Pasar Siti Khadijah
- 13.5 Km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa
- 5.1 Km dari Pasir Tumboh
- 39.3 Km dari Rantau Panjang
- 17.3 Km dari Pantai Irama, Bachok
- 16.2 Km dari Pantai Cahaya Bulan, KB
- 29.1 Km dari Pantai Seri Tujoh, Pengkalan Kubor

Panduan Perjalanan

Dari Pasir Tumboh/Melor/Pasir Puteh

- Dari simpang empat lampu trafik Pasir Tumboh teruskan perjalanan menuju ke Kubang Kerian.
- Anda akan dapati Stesen Minyak Esso di sebelah kanan, manakala Pasaraya P.K.T. di sebelah kiri anda.
- Teruskan perjalanan sehingga melepasi jambatan.
- Kekalkan di lorong kanan.
- Kemudian anda akan tiba di sebuah lampu isyarat Kubang Kerian.
- Teruskan perjalanan ke bandar Kubang Kerian dan anda akan tiba di satu lagi lampu trafik.
- Disitu anda boleh nampak HUSM di sebelah kanan dan anda perlu berada di sebelah kiri jalan.
- Belok ke kiri dan anda akan lepasi pasaraya Mydin dan beberapa buah kedai makan.
- Kemudian anda akan nampak Sekolah Kebangsaaan Kubang Kerian 3.
- Sebelum sampai ke sekolah tersebut, belok ke kiri dan nampak sebuah perumahan baru di belakang pasaraya Mydin.
- Pergi ke Jalan KK-5/4 dan cari guest house kubang kerian kami iaitu Pt 1428 dan anda akan nampak papan tanda rumah tamu kami.

Dari Pengkalan Chepa

- Cari jalan ke Panji dan anda akan sampai di pekan Panji. Panji terkenal kerana disana terdapat pejabat JPJ Kelantan.
- Teruskan perjalanan ke Kubang Kerian dan teruskan perjalanan setelah anda melepasi sebuah cabang 3 lampu trafik.
- Teruskan perjalanan dan kekalkan di lorong kanan.
- Anda akan nampak Petronas Kubang Kerian de sebelah kanan.
- Teruskan perjalanan sehingga anda sampai di satu lagi cabang 3 lampu isyarat.
- Teruskan kehadapan dan anda akan nampak HUSM disebelah kiri dan Pasaraya Nirwana disebelah kanan.
- Anda akan tiba di cabang 4 lampu isyarat dan bersedia untuk pusing ke kanan.
- Anda akan lepasi pasaraya Mydin dan beberapa buah kedai makan.
- Kemudian anda akan nampak Sekolah Kebangsaaan Kubang Kerian 3.
- Sebelum sampai ke sekolah tersebut, belok ke kiri dan nampak sebuah perumahan baru di belakang pasaraya Mydin.
- Pergi ke Jalan KK-5/4 dan cari guest house kubang kerian kami iaitu Pt 1428 dan anda akan nampak papan tanda rumah tamu kami.

Selamat tiba di Guest House Kubang Kerian kami

Ad Reference ID: 360526f4635b6ad0

Leave a Reply

 

Item Location

To inquire about this ad listing, complete the form below to send a message to the ad poster.

Information about the ad poster

Other items listed by raudhahguesthouse

  • No other ads by this poster found.
View all ads by raudhahguesthouse »

Like Us Now !